Wednesday, January 30, 2013

MOVIE REVIEW HANSEL & GRETEL




Seperti biasa, hujung minggu duit abes bayar kat panggung and kali ni saya menonton cerita yang berunsur darah. Cerita ni bermula apabila Hansel & Gretel ditinggalkan oleh bapanya ditengah-tengah hutan Gingerbread pada waktu malam tanpa sebab dan mereka telah terjumpa rumah ahli sihir yang diperbuat dari coklat dan mereka telah ditangkap oleh ahli sihir tersebut,belum sempat ahli sihir tersebut membunuh mereka, mereka terlebih dahulu telah melawan ahli sihir tersebut dan membakarnya. Disitulah permulaan kerja dua adik beradik ini menumpaskan semua ahli sihir yang jahat. 



 Nak dijadikan cerita ada seorang ketua ahli sihir yang jahat telah merancang untuk mengadakan " Perayaan Bulan Darah " yang memerlukan 6 orang kanak-kanak perempuan dan 6 orang kanak-kanak lelaki yang lahir pada berlainanan bulan. Perayaan ini bertujuan utk mengabadikan riwayat hidup semua ahli-ahli sihir yang jahat dan tidak dpt dimusnahkan walaupun dibakar. 



Keistimewaan diri Hansel & Gretel dimana mereka tidak akan terkena sihir terjawab apabila mereka mendapat tahu bahawa ibu mereka juga merupakan ahli sihir baik yang hebat tetapi telah mati dibunuh oleh penduduk kampung. Mampukah Hansel menumpaskan ahli sihir tersebut seorang diri sedangkan adiknya Gretel telah ditangkap utk ramuan terakhir perayaan tersebut....selebihnya silalah pergi panggung..;)

Pendapat Saya : 

 Bagi sayalah, cerita ni menarik, jalan cerita sedikit mengelirukan tapi bole difahami..saya sarankan kepada sesiapa yang tak suka tengok bende2 darah ataw pembunuhan yang kejam macam kepala pecah depan mata siap nampak otak2 bagai, anda harus lah bawa kain utk tutup muka ye... sebab cerita ni banyak sangat bunuh-bunuh yang kejam yang mmg tunjuk depan-depan, nama pun 18 tahun keatas, confirm la kena berani tengok. ;) Pelakon watak Gretel ini sangat comel dan mantop! Hubungan ikatan adik beradik yang kuat tapi bagi cerita ni nampak ganjal sebab adik beradik kan.. kan best kalo hero n heroin die ni pasangan bercinta. hihihih..Cerita seram tapi ada masukkan komedi . Pakaian dan alat senjata yang digunakan sangat cantik dan cool. Overall, oklah..tak berapa best sgt dan tak berapa boring sangat.






No comments:

Post a Comment